Pages

Wednesday, August 16, 2017

Sebab-sebab mengapa bayi dan kanak-kanak tak boleh guna essential oil

Essential Oil adalah minyak yang terdapat pada bahagian-bahagian tumbuhan yang mempunyai sifat-sifat terapeutik.

Ini bermakna, pakar aromaterapis menghasilkan essential oil dari banyak tumbuhan.
Untuk menghasilkan 450 ml essential oil Peppermint, kita perlu menggunakan 116kg daun Peppermint.
Untuk menghasilkan 450ml essential oil Lavender, kita menggunakan 68kg atau lebih bunga Lavender.
Untuk menghasilkan 450ml essential oil Rose, kita perlu menggunakan beribu-ribu tan bunga ros. 
Ini yang menyebabkan essential oil mengandungi kepekatan yang sangat tinggi jadi bayi dan kanak-kanak tidak boleh menapis essential oil secara berkesan seperti orang dewasa.





Ada beberapa pengecualian untuk menggunakan essential oil pada kanak-kanak seperti Lemon dan Lavender. Lavender boleh digunakan tanpa dicairkan. Ianya dipersetujui selamat oleh ahli-ahli aromaterapi. Lemon perlu dicairkan terlebih dahulu.

Kulit bayi dan kanak-kanak adalah nipis dan sensitif kepada apa-apa losen, minyak dan bedak. Jadi gunakan essential oil secara berhati-hati. 'Test' dahulu sedikit essential oil pada kulit bayi sebelum sapukan banyak essential oil. Jika bayi ada menunjukkan tanda-tanda keradangan dan alahan, berhenti dari terus menggunakan essential oil secara sapuan.

Essential oil citrus lebih mudah menyebabkan keradangan pada kulit jika ianya digunakan secara terus atau walaupun dicairkan, kepekatannya masih tinggi.

Saya cadangkan anda hanya meletakkan 1 titis Essential Oil Lemon dalam carrier oil Jojoba untuk digunakan pada bayi dan kanak-kanak.

Video untuk cairkan EO ada di sini

Essential Oil lain seperti Peppermint, Eucalyptus dan Rosemary tidak boleh digunakan oleh bayi dan kanak-kanak kerana mengandungi sebatian menthol dan 1,8-cineole. Sebatian ini boleh memperlahan pernafasan bayi dan kanak-kanak ataupun memberhentikan terus pernafasan mereka terutamanya bayi dan kanak-kanak yang ada masalah pernafasan seperti batuk dan selsema. 

Jika anda ingin juga menggunakan essential oil ini, anda boleh letakkan dalam Ronella Diffuser dalam kuantiti yang kecil dan biarkan ia diffuse selama 1 jam dalam bilik yang sederhana luas dan ada pengudaraan yang baik. 

Video cara guna Diffuser ada di sini.


Ini Ronella Stem Diffuser.
Ronella akan mengeluarkan produk balm untuk bayi dan kanak-kanak bawah 5 tahun pada bulan hadapan. Ronella Baby Series ada 6 produk seperti yang anda boleh lihat dalam gambar dibawah. Rangkaian Baby Series adalah 100% selamat pada bayi kerana Balm ini bebas dari apa-apa bahan kimia dan alkohol. 

Alkohol akan menyebabkan kulit jadi semakin kering. 

Ronella Baby Series mempunyai bahan kandungan carrier oil seperti Virgin Coconut Oil, Olive Oil atau Jojoba Oil (bergantung pada produk). Kesemua oil ini bertujuan untuk melembapkan kulit bayi dan mengelakkan bayi dari mempunyai masalah kulit kering lepas memakai produk tersebut.

Anda boleh pre-order loose item Baby Series dengan saya dahulu pada nombor di header blog diatas. 

Saya akan pos barang sebaik sahaja yang menerima barang tersebut di tangan saya.


Tuesday, August 15, 2017

Video Cara Guna Diffuser Ronella

Jika anda kurang faham cara hendak guna Diffuser Ronella, anda boleh menonton video dibawah untuk penerangan yang lebih jelas.

P/s: Diffuser tersebut telah diisi air. Jadi diaorang skip step isi air. 

Jenis Diffuser dibawah adalah Ronella Stem Diffuser.

Stem Diffuser boleh isi sebanyak 70ml air. Cuma perlu diingatkan, air essential oil yang tidak habis perlu dibuang walaupun air essential oil masih banyak.

Jika tidak dibuang, essential oil akan mendap dan tutup lubang Diffuser. 

Dan essential oil yang telah terdedah pada oksigen akan dioksidakan. 
Essential oil ini tidak elok untuk dihidu lagi. 

Jadi setiap hari buat air Diffuser baru ya.

video

Sunday, August 13, 2017

Launching Ronella Baby Series

Khas untuk mommy yang mencari Baby Balm yang NATURAL, bebas KIMIA dan bebas ALKOHOL.

Bila Ronella nak launch set ni?

BULAN DEPAN.

Jadi jangan terlepas peluang untuk memiliki Baby Series okay. Item yang sangat dinanti-nantikan.





Thursday, August 10, 2017

Cara Hendak Cairkan Ronella Essential Oil

Cara nak cairkan Ronella Essential Oil supaya boleh sapu terus atas kulit.

Essential Oil tidak boleh terus sapu ke kulit kerana pati tumbuhan tu sangat pekat. Jika hendak sapu Essential Oil ke kulit, Essential Oil perlu dicairkan (dilute) terlebih dahulu menggunakan carrier oil seperti Jojoba.

Bahan yang perlu ada ialah, botol Mixer, Jojoba Oil (Black / Gold) dan Essential Oil.

Langkah-langkah untuk cairkan Essential Oil:

1. Masukkan 20ml Jojoba Oil (carrier oil) ke dalam botol Mixer.
2. Masukkan 2-3 titis essential oil ke dalam botol Mixer.
3. Goncangkan botol sehingga sebati.

Dah boleh sapu terus ke atas kulit dan ianya tidak melekit kerana Jojoba Oil membantu kulit meresap essential oil dengan pantas.

Boleh juga gunakan essential oil cair ini untuk mengurut bayi. 
Cuma bayi hanya boleh guna Ronella Lavender Essential Oil yang dicairkan sahaja ya.


video

Ronella Essential Oil wanita hamil boleh guna.

Berikut adalah senarai Ronella Essential Oil wanita hamil boleh guna sepanjang tempoh kehamilan. Serta kelebihan dan kebaikan essential oil tersebut.

Essential Oil boleh digunakan selepas kehamilan trimester pertama. Pada trimester pertama, kami tidak menggalakkan apa-apa penggunaan essential oil.

1. Essential Oil Lavender


Membantu mendapatkan tidur yang lena.
Mengurangkan keresahan dan kebimbangan.
Mengurangkan sakit kepala dan migraine.



2. Essential Oil Lemon


Menghilangkan rasa loya, muntah-muntah dan alahan.
Aroma citrus yang menyegarkan boleh menghilangkan rasa mengantuk.


3. Essential Oil Eucalyptus


Melegakan sakit kepala dan migraine.
Melegakan masalah selsema dan batuk.


4. Essential Oil Peppermint


Menghilangkan rasa loya, pening dan mabuk kenderaan.
Meransang aktiviti minda dan mewujudkan fokus.

Cuma tidak digalakkan untuk menggunakan Peppermint Essential Oil dekat kulit. Akan memberi kesan terhadap susu badan.

Keempat-empat essential oil ini mestilah dicairkan terlebih dahulu dengan Carrier Oil sebelum digunakan keatas kulit. 

Cara hendak cairkan essential oil saya akan kongsikan dalam post akan datang.

Ataupun gunakan Essential Oil ini dalam Diffuser Ronella. Masukkan air separuh bekas diffuser, titiskan 3-5 titis Ronella Essential Oil dan tekan punat 'on'. Biarkan selama 1 jam.