Ahad, 30 April 2017

Kelebihan Ronella Peppermint Essential Oil


Peppermint merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Ia memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang dialami. Ia merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan tergolong dalam spesies menthe.


Antara 5 kelebihan Peppermint Essential Oil ialah:

• Mengurangkan tekanan yang dihadapi sewaktu bekerja
• Mengawal masalah haid yang tidak teratur 
• Menyindari masalah pernafasan yang berbau
• Menyelesaikan masalah loya akibat daripada alahan terhadap makanan 
• Merawat masalah keradangan kulit


Sabtu, 29 April 2017

Kelebihan Ronella Clove Bud Essential Oil


Kelebihan Ronella Clove Bud Essential Oil antaranya ialah:
● Melegakan sakit gigi
● Menghentikan nafas berbau
● Mengurangkan loya dan muntah-muntah
● Melegakan sakit sendi
● Mengatasi sakit kepala
● Mengurangkan sakit telinga ( jangkitan )
● Mengurangkan tekanan

Jumaat, 28 April 2017

Kelebihan Ronella Eucalyptus Essential Oil

 

Kelebihan Ronella Eucalyptus essential oil antaranya ialah:
● Antiseptik: boleh digunakan untuk menyembuhkan luka, penjagaan kulit, dan bahan sabun
● Merawat asma dan masalah berkaitan pernafasan yang lain
● Membersihkan paru-paru dan mengurangkan tekanan
● Mengurangkan sakit sendi dan otot
● Penghalau serangga semula jadi dan rawatan semula jadi untuk masalah kutu
● Merawat demam dan menurunkan suhu badan
● Penyegar bilik yang sempurna 

Khamis, 27 April 2017

3 Cara Mengatasi Stress

Anda sering mengalami stress? 
Tidak tahu caranya menghilangkan stress?

Mudah sahaja, dengan mencuba 3 cara ini, anda mampu mengatasi tekanan yang dihadapi


1) Tidur cukup tidur
Antara cara untuk menghilangkan stress adalah dengan memiliki tidur yang cukup, tidur sekurangnya 6-8 jam sehari. Hal ini bukan sahaja dapat mengimbangi emosi dan mengurangkan stress malahan dapat meningkatkan kesihatan badan anda. Namun anda jangan tidur terlalu lama kerana ia akan mengakibatkan badan anda terasa lesu.


2) Bersenam
Bersenam adalah salah satu cara lain dalam meredakan stress. Dengan bersenam dapat membuang perasaan negatif dan melancarkan peredaran darah anda. Ia juga membuatkan anda lebih semangat dan berfikir secara selesa dalam menyelesaikan masalah.



3) Mendengar lagu
Apabila anda mendengar lagu sewaktu menghadapi tekanan, ia dapat memberi perasaan yang selesa pada fikiran dan fizikal anda. Mendengar lagu juga dapat meningkatkan mood anda menjadi lebih baik. Jangan lupa untuk pilih lagu yang bersesuaian dengan anda.


Masalahnya, anda dah guna ketiga-tiga cara di atas dan juga bermacam-macam cara lagi tapi masih tak hilang-hilang juga tekanan anda?



Ada cara yang lebih MUDAH & BERKESAN

Gunakan sahaja Ronella Lavender Essential Oil


Ronella Lavender Essential Oil yang 100% berasaskan tumbuhan semulajadi ini memiliki aroma yang menenangkan dan menyegarkan fikiran, serta ia juga membantu dalam meredakan dan meringankan lagi tekanan anda. Anda hanya perlu diffuse sahaja Lavender oil ke udara, dengan menghirup aromanya sahaja ia memberi kesan yang positif ke atas diri anda.


Takder diffuser? 

Anda boleh titiskan jer Ronella Lavender Essential Oil pada tisu & hidu. 
Atau boleh juga kalau dihidu terus dari botolnya. 

Mudah saja!

Rabu, 26 April 2017

Redakan Jerawat dengan Ronella Lavender Essential Oil

Percaya tak, essential oil boleh bantu redakan masalah jerawat dengan Ronella Lavender Essential Oil.


Jerawat adalah masalah yang sering di alami oleh hampir semua orang di usia remaja atau muda. Adanya jerawat ini akan menjejaskan penampilan seseorang dan mendatangkan rasa murung pada sesetengah orang itu.

Anti bakteria yang terdapat pada minyak bunga lavender ini, sangat sesuai untuk meredakan jerawat. Ia juga dipercayai dapat membantu mengurangi iritasi serta gatal-gatal akibat bekas jerawat, dan menyamarkan noda kemerahan di wajah anda. 

Oleh itu ,dengan adanya lavender oil, yang bukan sahaja membuatkan anda relax, malah ia juga membantu merawat masalah kulit anda. 


Untuk kegunaan, campurkan 2 titis lavender oil bersama dengan 8 titis Jojoba oil dan sapukan di kawasan jerawat atau bekas jerawat. Tunggu selama 20 minit , lalu bilas dengan air bersih.

Senang kan?

Selasa, 25 April 2017

Pure Essential Oil

Tahukah anda cara mendapatkan essential oil yang tulen? 

Dengan memerhatikan 4 info ini, ia membantu anda dalam pemilihan essential oil yang tepat 😉


1. Jenis botol
Pure essential oil hendaklah sentiasa disimpan di dalam botol kaca yang gelap dengan label yang menunjukkan semua bahan-bahan, termasuk nama botani. Plastik hanya boleh diterima di mana essential oil telah pun dilute dengan carrier oil.

2. Nama botani
Untuk pastikan bahawa anda membeli essential oil yang betul, pastikan nama Latin botani pada label produk. Sebagai contoh, Peppermint (Mentha piperita), hendaklah disenaraikan dengan jelas.

3. Harga
Kestabilan mutu abstrak dan intipati sebenar tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam penghasilan pure essential oil ini mememerlukan kos yang tinggi.Oleh itu tidak heranlah pure essential oil mempunyai harga yang berpatutan.

4. Bau
Dengan pengalaman, anda boleh bezakan bau antara minyak pati tulen dan tiruan. Adakah ia berbau seperti alkohol, atau mempunyai bau tiruan? Jika ya, ia bukannya pure essential oil.




Isnin, 24 April 2017

5 kelebihan Essential Oil

5 kelebihan Essential Oil yang anda perlu tahu

1) Membantu masalah pernafasan

Dengan menggunakan diffuser, ia dapat sebarkan aroma essential oil ke seluruh ruang rumah anda. Aroma lavender sangat sesuai untuk meredakan masalah pernafasan dan ia membuatkan anda berasa lebih tenang.

2) Meredakan masalah kulit dan kesakitan
Dilute sahaja essential oil bersama dengan carrier oil dan sapu terus ke kulit anda. Seperti tea tree oil yang mempunyai sifat antiseptik yang kuat ia membantu merawat luka dan meredakan kesakitan anda.

3) Jimat pembelanjaan
Anda dapat mengurangkan kos pembelanjaan perubatan kesihatan iaitu dengan menggunakan essential oil dalam membantu merawat penyakit yang dihadapi.

4) Meredakan tekanan
Kebaikan yang ada pada essential oil ini dapat membantu anda meredakan tekanan dan meningkat semangat dalam melakukan kerja harian anda. Dengan menggunakan lemon essential oil, anda akan berasa lebih bersemangat dan bertenaga dalam menempuhi tugasan harian anda.

5) Anti serangga
Dengan menggunakan essential oil, membantu menghalang serangga seperti nyamuk, lalat dan lain-lain daripada memasuki rumah anda. Seperti lemongrass essential oil, ia sangat membantu dalam menghalang serangga perosak.

Jumaat, 21 April 2017

Ronella Herbal Pack Essential Oil

Ronella Herbal Pack Essential Oil terdiri daripada:
  • Clove Bud
  • Cajuput
  • Patchouli


Manfaat yang ada pada Ronella Herbal Pack Essential Oil:

Clove Bud Essential Oil

• Membantu meredakan jerawat, luka, melecur dan lebam
• Meredakan asma, sakit sendi dan masalah pencernaan


Cajuput Essential Oil
• Membantu mengurangkan asma, bronkitis, selsema, resdung, demam, pencernaan, dan jangkitan kuman
• Meredakan sakit sendi dan otot


Patchouli Essential Oil
• Menghindar penuaan kulit dan jangkitan kuman
• Meredakan masalah kemurungan
• Meredakan jerawat, luka, dan gigitan serangga


Dengan adanya Ronella Essential Oil 100% pure berasaskan tumbuhan semulajadi, tanpa bahan kimia dan alkohol ini dapat membantu anda sekeluarga menjaga kesihatan agar kekal sihat dan ceria sepanjang hari.

Khamis, 20 April 2017

Ronella Treatment Pack Essential Oil

Di dalam Ronella Treatment Pack terdapat 3 jenis essential oil yang mana memiliki pelbagai fungsi dan manfaat tersendiri. Selain kegunaannya bukan hanya mengharumkan atau mewangikan, malah membantu menjaga kesihatan seisi keluarga anda.


1. Peppermint Essential Oil
• Meredakan demam, sakit kepala dan selsema
• Meredakan masalah pencernaan
• Membantu mengurangkan kerandangan kulit

2. Eucalyptus Essential Oil
• Meredakan sakit otot dan sendi
• Membantu mengurangkan cacar air, demam, malaria dan campak
• Menghindar jangkitan pernafasan

3. Lemon Essential Oil
• Melancarkan peredaran darah
• Meredakan sakit sendi, sembelit, demam dan darah tinggi
• Penghindar gigitan serangga dan selulit



Cara-cara penggunaan Treatment Pack Essential Oil:

• Menggunakan Ronella diffuser: 
Iaitu dengan titiskan sebanyak 5 titis essential oil ke dalamnya yang diisi dengan 70ml air dan dibiarkan wap dihidu dalam ruangan seperti bilik tidur, pejabat dan ruang tamu.

• Campurkan essential oil dengan carrier oil:
Sapu atau urut pada kulit dan anggota badan yang berkenaan.

• Titiskan 2 titis Ronella Essential Oil pada tisu dan dihidu secara langsung.

• Titiskan sebanyak 8 titis essential oil ke dalam tab mandi yang telah diisi dengan air dan berendam sekitar 20 minit di dalamnya.

Selamat mencuba!

Rabu, 19 April 2017

Ronella Family Pack

Di dalam Ronella Family Pack, tersedia 3 jenis essential oil yang memberi pelbagai manfaat, iaitu;

1. Tea Tree Essential Oil
• Anti-fungus, anti- bakteria dan anti-septik
• Membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan
• Meredakan batuk, bronkitis, selsema, dan melegakan pernafasan

2. Lavender Bulgaria Essential Oil
• Meredakan tekanan dan stress
• Membantu tidur yang berkualiti
• Mlegakan sakit kepala
• Membantu mengurangkan masalah kulit

3. Lemongrass Essential Oil
• Penghindar serangga
• Meredakan sakit sendi dan otot
• Sebagai anti-septik untuk luka luaran dan dalaman


Dengan adanya Ronella Family Pack Essential Oil 100% pure ini , kehidupan keluarga anda akan lebih sihat dan ceria sentiasa

Selasa, 18 April 2017

Pelbagaikan Cara Guna Essential Oil




Ramai yang fikir bahawa Essential Oil ni hanya boleh digunakan untuk letak dalam diffuser dan sebagai campuran minyak urutan sahaja.

Sebenarnya, kita juga boleh campur dengan air dan jadikan sebagai 'spray nyamuk' semulajadi, 'antiseptik' untuk menghilangkan kuman, serta titiskan dibantal untuk mudah tidur dimalam hari.

Anda bebas mengadunkan essential oil untuk sebarang kegunaan luaran sebenarnya. Dengan adunan yang tepat, anda boleh menghindari dari pelbagai penyakit dan sumber penyakit (sebagai rawatan alternatif)



Anda dinasihatkan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sekiranya ada adalah wanita hamil atau menghidap sebarang penyakit sebagai langkah keselamatan sebelum menggunakan essential oil.

Isnin, 17 April 2017

Must Have Essential Oil: Lemongrass, Tea Tree & Lavender


Ketiga-tiga essential oil di atas adalah essential oil basic yang anda mesti cuba.

Ia boleh digunakan untuk diri anda dan seisi keluarga.
Dengan pakej jimat yang disediakan dalam Family Pack


Berminat nak cuba Family Pack atau individual items?
Berikut ialah senarai harganya:

Lemongras: RM37
Tea Tree: RM53
Lavender: RM62

Total harga ketiga-tiga jika dibeli dengan unit berasingan:
RM152




Dengan pembelian Family Pack, anda dapat jimat RM12
Kerana harga Family Pack hanya RM140 sahaja.
Jimat bukan?

Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Jumaat, 14 April 2017

Kelebihan Minyak Jojoba



  • "Premium Carrier" untuk minyak pati kerana ia sangat stabil, kurang berminyak dan sangat mudah meresap ke dalam kulit, sekaligus meningkatkan kesan essential oil.
  • Pencuci mekap yang sangat baik; hanya gunakan kapas, sapukan ke mekap dan cuci muka dengan air sejuk.
  • Minyak jojoba adalah pilihan yang bijak untuk mengatasi masalah kulit kering, la melembapkan dan menjadikan kulit licin dan lembut.
  • Letakkan beberapa titik minyak jojoba pada rambut basah dan cuci dengan syampu untuk mengatasi masalah rambut terbelah. Ia juga membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.
  • Minyak jojoba adalah pelembab bibir yang baik dan juga membantu melegakan kesan 'sunburn'.
Harga Jojoba Oil Ronella

Jojoba Black: RM49
Jojoba Gold: RM79

Harga Jojoba Gold lebih tinggi kerana ia adalah melalui pemprosesan yang lebih khusus untuk hasilkan Jojoba Oil lebih organik.

Kos postage
Semenanjung RM8
Sabah dan Sarawak RM12

Cara nak dapatkan Jojoba Oil

Wasap penulis di nombor +60134141176

atau TEKAN link dibawah untuk terus ke wasap

http://ronellamy.wasap.my/

Essential Oil Malaysia

Khamis, 13 April 2017

Ronella Jojoba Carrier Oil

Adakah anda sudah memiliki carrier oil keluaran Ronella?





Ronella Jojoba oil @ carrier oil yang mengandungi vitamin dan mineral ini bukan sahaja di gunakan untuk mencairkan essential oil, malah maanfaat yang ada memudahkan lagi essential oil larut ke dalam kulit anda.

Rasai setiap manfaatnya dengan dilute saja bersama essential oil kegemaran anda.

Rabu, 12 April 2017

Atasi Masalah Susah Nak Tidur

Masalah susah nak tidur dipengaruhi banyak faktor. Antaranya ialah terlalu letih sehinggakan tak boleh nak tidur. Pernah alami tak?

Selaim itu, suasana yang tidak selesa seperti cuaca yang panas atau terlalu sejuk, bising, stress, ketakutan, sakit dan pelbagai lagi. Hanya diri kita sendiri yang tahu kenapa kita tak boleh atau susah sangat nak tidur. 

Atau jika tidur pun, tidur tak lena. Atau peribahasa melayu kata: tidur-tidur ayam!

So, salah satu cara untuk atasi atau sekurang-kurangnya membantu meredakan masalah susah nak tidur ialah dengan penggunaan essential oil khususnya Lavender!


Aroma semulajadi Lavender sememangnya membantu menghilangkan stress dan membantu mendapatkan tidur lebih lena.

Jika ada anak kecil yang susah nak tidur? Diffuse saja minyak Lavender dalam bilik. Anda akan lihat perubahannya. Si manja anda lebih mudah tidur lena dengan Lavender essential oil.

Selamat mencuba. Mimpi indah berlari berkejaran di taman lavender yang wangi dan cantik :)

Selasa, 11 April 2017

Anda Penggemar Essential Oil?

Kepada peminat setia essential oil, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba produk keluaran kami, RONELLA Essential Oil.


Produk 100% pure essential oil dan berkualiti tinggi ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan alkohol di dalamnya.
.

Tambahan pula, kelainan aroma dan manfaat sumber semulajadi yang ada pada setiap botol essential oil ini membantu dalam menjaga kesihatan dan kecantikan anda.
.

Hanya dengan beberapa titisan sahaja anda akan mendapat hasilnya, Jimat & mudah!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pembelian. Saya bersedia membantu anda mendapatkan rangkaian essential oil pilihan anda mengikut bajet dan keperluan anda.

Isnin, 10 April 2017

Meredakan Asma dengan Ronella Cajuput Essential Oil

Asma adalah sejenis penyakit jangka panjang yang terjadi pada saluran pernafasan. Masalah yang berlaku pada saluran pernafasan ini membuatkan anda susah untuk bernafas secara normal. Tambahan pula, faktor persekitaran dan faktor permakanan juga antara penyebab anda mengidap asma.




Dengan adanya Ronella cajuput oil ini dapat membantu anda meredakan asma yang dihadapi. 


Cara- cara penggunaan:

• Titiskan 2 titis cajuput oil di telapak tangan anda dan gosok-gosok. Selepas itu, tekup pada hidung dan sedut dalam-dalam aromanya; atau

• Diffuse cajuput oil dengan menggunakan Ronella Diffuser. Aroma yang tersebar ke udara ini dapat membantu menghilangkan rasa tidak selesa anda; atau

• Titiskan 1 atau 2 titis di atas tisu dan hidu aromanya.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan keluarga yang mengalami asma. 

Jumaat, 7 April 2017

"Aduuhhh..hidung asyik tersumbat, berair...susah nak tido"

Biasa ada masalah hidung tersumbat, bersin tak berhenti dan hidung berair?
Kalau jarang-jarang kena , itu perkara biasa, mungkin selsema biasa sahaja. 

Tapi kalau berterusan macam ni,  awak mungkin ada masalah sinus...kalau ada BACA CERITA NI DULU.

Saya sebelum ni memang mengalami masalah sinus yang agak teruk, hidung berair, kalau nak tido selalu tak selesa, bernafas tak lawas.

Mula-mula kena, saya anggap macam selsema biasa sahaja, tapi lama kelamaan, setiap malam saya kena masalah macam ni, dan berlarutan sehingga ke hari esok. Bangun pagi-pagi, hidung tersumbat sampai nak lemas, hingus pun kekuningan tak habis-habis.


Saya ada pergi berjumpa doktor, nampaknya saya ni terlalu alahan dengan persekitaran, tak boleh bau habuk atau bakteria, mesti mudah nak kena.


Doktor ada berikan saya beberapa jenis ubat dan masalah saya berkurang, tapi bila balik ke rumah atau kemana-mana, mudah nak datang balik sebab terlalu alergik dengan bau dan persekitaran yang kotor.

Saya sendiri pun tahu, sampai bila nak berterusan ambil ubat doktor je, nanti bagi kesan yang tak bagus untuk jangka masa panjang, jadi saya nak elakkan berterusan makan ubat dan cari cara alternatif lain yang semulajadi.


Jadi saya tercari-cari bagaimana nak kurangkan masalah saya ni, hidung tak berhenti-henti asyik tersumbat je, sampai ada satu tahap tu, nak makan pun dah tak berapa selera sebab tak boleh nak cium bau sangat. Hidung tersumbat, bila baring rasa terganggu untuk tidur, tidur dalam aircond pun tak boleh...


Sehinggalah saya bertemu dengan satu penyelesaian semulajadi dengan menggunakan essential oil. Mula-mula memang tak percaya, tapi artikel yang saya baca dan bagaimana aroma tea tree ini membantu untuk mengurangkan simtom. Saya cuba jugak..

Alhamdulilah, nampaknya membantu, saya gunakan Ronella Tea Tree Essential Oil , saya guna bau tea tree ni untuk saya hidu dengan cara  penyedutan wap.  Pada peringkat awal saya guna dengan cara didihkan air panas dan titiskan 7 titik Ronella Tea Tree essential oil. Saya gunakan kain tuala bersih untuk menutup kepala dan mata, kemudian saya ambil wap dan sedut untuk melegakan masalah sinus saya.


Syukur, masalah sinus saya makin berkurang, masalah hidung tersumbat tu beransur pulih , saya kena pastikan suasana dirumah sentiasa berada dalam udara aroma tea tree, sekarang ni saya guna diffuser sahaja untuk mengekalkan wap udara essential oil ni..


Begitulah kisah salah seorang pesakit sinus yang mengamalkan  penggunaan wap terapuetik dari essential oil.


Jika anda mengalami nasib yang sama seperti di atas,


Saya cadangkan anda untuk mencuba Ronella Essential Oil dalam tiga pilihan ini:

  • Ronella Tea Tree Essential Oil - sejak zaman berzaman lagi, aroma tea tree telah menjadi sumber semulajadi untuk pelbagai penyakit dan turut membantu untuk pesakit sinus melegakan masalah hidung tersumbat dan berair. Anda boleh menggunakan kaedah dengan mendidihkan air panas  dan titiskan 7 titik ronella tea tree essential oil , gunakan cara penyedutan bersama dengan kain tuala ditutup di kepala, atau boleh gunakan cara yang lebih mudah dengan menggunakan ronella diffuser. Rasakan perbezaan selepas mengamalkan penyedutan, pesakit sinus boleh bernafas lebih ringan dan membantu mengurangkan simtom hidung tersumbat.

  • Ronella Lavender Essential Oil - untuk pesakit sinus, masalah ini kerap menganggu pernafasan si pesakit dan kesukaran untuk tidur dengan selesa. Aroma lavender telah banyak membantu dalam meningkatkan kelegaan kepada saluran pernafasan dan membantu untuk tidur dengan lebih lena. Titiskan 5 titik ronella lavender essential oil dalam diffuser dan biarkan wap aroma beredar pada waktu malam anda.

  • Ronella Lemongrass Essential Oil - anda juga boleh gunakan aroma lemongrass untuk melegakan sakit kepala kesan daripada masalah sinus yang berlarutan. Aroma lemongrass telah sediamaklum sebagai tumbuhan semulajadi untuk membantu melegakan sakit kepala dengan mengambil bauan lemongrass. Titiskan 5 titik ronella lemongrass essential oil dalam ronella diffuser anda dan gunakan pada waktu siang hari, biarkan bau lemongrass bertebaran ke seluruh rumah atau bilik anda. Rasakan pengalaman aroma ini untuk melegakan sakit kepala kesan daripada masalah sinus yang berlarutan.


Kalau awak masih tercari-cari penyelesaian secara semulajadi , 100% asli dan tanpa alkohol, Ronella Essential Oil ini adalah penyelesaian untuk awak. Gunakan ketiga-tiga aroma ini dalam pakej jimat family pack untuk membantu masalah sinus awak secara keseluruhan.


Produk Ronella Essential Oil ini adalah syarikat tempatan yang memperjuangkan kaedah 100% semulajadi untuk membantu penyakit sinus seperti awak.  Jadi awak tak perlu bimbang dengan bahan-bahan yang digunakan, produk ronella amat mementingkan keaslian essential oil yang dihasilkan dan untuk memastikan pesakit sinus macam awak dapat kesan yang maksimum.


Ini penting untuk pastikan masalah hidung tersumbat, hidung berair dan susah nak tido dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

Khamis, 6 April 2017

Semut berkeliaran setiap kali nak hidang makanan kat dapur?

UOLSS ADA MASALAH MACAM NI TAK ?

Setiap kali lepas makan, masak lauk sedap-sedap, hidang, tutup dengan saji, baru beberapa minit je , tetamu tak diundang dah start datang, semut dah mengurung dekat makanan yang baru siap di masak.


Sis pun biasa kena  sebelum nii, sis nak cerita sikit dekat uolss 

Biasa kalau time breakfast, sis bangun awal nak pergi kerja , dah siap masakkan breakfast , terpaksa tinggal dan letak bawah saji je.  Tinggal je anak makan jap lagi.. lepas masak, masuk bilik semula nak bersiap untuk pergi kerja.

Then lepas bersiap, time anak nak makan, anak mengadu, makanan dah kena gigit semut, cepat betul! baru tinggal sekejap,  hairan sungguh, dari mana la datangnya semut ni, rasanya kawasan rumah dah bersih.

Bila dah jadi macam ni, sis beli la penyembur serangga tu dan cari punca dekat mana semut dan serangga lain ni datang , tapi lain pula jadinya. Anak sis alahan dengan bau penyembur serangga tu, boleh hapuskan semut dengan cepat, tapi esok ada lagi yang baru, kena sembur lagi , kadang risau takut bahan kimia penyembur tu masuk dalam makanan.


Sehinggalah sis di tawarkan oleh kawan yang mencadangkan menggunakan essential oil untuk menghalau semut ni secara semulajadi. Masa first time beli , rasa macam mahal, tak berbaloi, tapi sis tak tahu pulak essential oil guna beberapa titis je dan boleh tahan lama.

Fungsi pun macam-macam, sis ambil gunakan beberapa titis je dan letak dalam spray yang dicampur dengan air dan sembur di kawasan semut banyak berkeliaran.


Ajaib sungguh! semut dah tak lalu kawasan berkeliaran tu dan selepas beberapa hari guna cara ini,  semut hampir tiada di rumah, ini kerana semut sangat takut dengan bau pepermint essential oil tersebut. 

Wow lega betul rasa, semut dah jarang ada kat rumah, bukan sahaja semut dah takde, anak sis pun tak alahan dengan bau pepermint ni sebab ianya bau semulajadi , sis pun tak risau lagi jika ianya terkesan pada  makanan. Sebab tak terkesan langsung.



Begitulah kisah sis  ni.

Nak saya tawarkan pada sis tentang  penyelesaian terbaru untuk masalah semut di rumah ini?

Ianya adalah menggunakan Ronella Essential Oil, bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai fungsi ini membantu anda untuk menghalau serangga seperti semut ,lipas dan serangga lain dengan menggunakan cara semburan air yang dicampur dengan essential oil.

Hanya titikkan sahaja 5 titis Ronella Pepermint essential oil  ke dalam spray yang dicampur dengan air dan  sembur di kawasan yang sering dilalui semut.

Anda juga boleh gunakan kaedah kedua dengan cara titikkan dua titis Ronella Pepermint Essential Oil ini pada kapas dan sapu di kawasan yang sering dilalui oleh semut. 


    Inilah 3 pilihan terbaik yang disediakan dalam treatment pack..

  • Ronella Pepermint Essential Oil- Semut tidak suka pada bau yang kuat, ianya menjejaskan laluan bau dan menganggu komunikasi mereka. Bau pepermint oil ini secara semulajadinya akan menghindarkan semut dari melalui kawasan yang diletakkan bau pepermint. Anda boleh titiskan dua titik pada kapas dan  lap pada pada permukaan laluan semut, cuba gunakan beberapa kali dalam masa beberapa hari. Semua akan hilang secara semulajadi tanpa perlu anda membunuhnya.

  • Ronella Eucalyptus Essential Oil- Bahan kayu putih dari eucalyptus ini mempunyai manfaat yang hebat sebagai antiseptik. Ia membantu untuk menyediakan bau rumah yang lebih segar. Selepas semut dihalau dengan cara semulajadi tanpa risau dengan bau kimia, lengkapkan lagi dengan bau eucalyptus yang di diffuse kan dengan Ronella Diffuser. Pasti terhindar dari kuman dan bakteria dalam rumah.

  • Ronella Lemon Essential Oil- Jika anak anda terkesan dengan gigitan serangga di rumah, gunakan lemon essential oil ini untuk  disapukan pada kulit anak anda, gunakan carrier oil yang dicampur dengan 4 hingga 5 titis Ronella Lemon Essential Oil, lihat sendiri bagaimana ia membantu menghilangkan kesan gigitan. Selain itu, bau lemon ini juga membantu untuk menghalau serangga seperti semut. Diffuse kan sahaja dengan diffuser anda.

Ronella Essential Oil terbukti sebagai pengeluar essential oil semulajadi dari Australia  dengan pengesahan USDA (Organic Certification By US Goverment). Ronella adalah pengeluar dari tempatan yang menghasilkan essential oil yang dijamin 100% asli, tanpa bahan kimia dan tanpa alkohol.

Kami memperjuangkan kaedah semulajadi untuk membantu anda menghilangkan masalah serangga tanpa membunuhnya, pasti lebih selamat, memelihara kesejahteraan dan terhindar dari penganiayaan.

Rabu, 5 April 2017

Cara pelik bantu atasi masalah kulit sensitif?

Kenapa cara pelik ini diakui oleh pakar aromaterapi boleh bantu uolls yang ada masalah kulit sensitif ?


Perkara paling berbahaya untuk uolss yang ada masalah kulit sensitif ialah jangan sekali-kali pergi cuba pakai produk pemutih dan set mekap yang macam-macam.

Sebab ini ada satu cerita yang saya nak share kat uolss..


Aku shery (bukan nama sebenar)  memang dah lama kena masalah muka teruk ni  ,muka aku sangat berminyak dan sangat-sangat sensitif, biasanya orang yang masalah macam aku ni ada masalah gangguan hormon.

Masa tahun 2013 ,muka aku memang dah start ada jerawat tapi tak teruk sangat, tapi macam tulah keadaannya, sekejap tumbuh satu, pastu hilang satu, tumbuh pulak yang baru, tak tahulah apa masalah kat kulit muka aku ni.


Pengalaman paling teruk aku masa tahun 2015 ,semuanya gara-garap makeup, aku bukan pandai sangat make up, ada satu program tu, aku suruh mak andam tolong make up, bila tengok muka lepas make up, wahh bukan main puas hati , siap pakai bulu mata palsu bagai, orang bukan main puji cantik ewah- ewah , excited upload kat fb. Satu hari tu jelas rasa best.

Tapi keesokan harinya...malang nasib aku..

Muka aku tiba-tiba tumbuh jerawat besar, aduuh sakit, siap naik nanah dekat muka, pipi kiri kanan aku subur bukan main tumbuh jerawat, drastik gile uolls naik..dah macam jerawat batu.


Aku down gile wehh , nak jumpa orang memang tak konfiden langsung, bila balik kampung, mak cik tegur kena demam campak ke..



Jadi bagi korang yang ada masalah kulit sensitif ini , make sure jangan amalkan pemakaian produk whitening, scrub muka, picit jerawat dan sentuh muka jerawat.

Begitulah kisah shery...

Oklah, jadi jika uolss ada masalah macam shery ni, boleh menggunakan kaedah aromaterapi dengan menggunakan essential oil, ianya adalah cara yang telah lama di amalkan sejak ribuan tahun dan ditinggalkan, tetapi ianya kembali menjadi pilihan pengguna kerana semakin banyak produk kosmetik yang mempunyai bahan kimia, dan memberikan kesan buruk kepada pesakit kulit sensitif.


Apa kata pakar aromatetapi tentang cara pelik ini ? 

Kajian penyelidikan terhadap essential oil menunjukkan kesan positif untuk pelbagai masalah kesihatan termasuk jangkitan, kesakitan, kebimbangan, kemurungan dan lain-lain lagi.


Mari saya kongsikan pada uolss apakah  manfaat kaedah  aromaterapi dengan Ronella Essential Oil?

  • Ronella Tea Tree Essential Oil- Ramai yang menganggap aroma tea tree adalah essential oil pilihan nombor satu untuk merawat kulit sensitif. Ia berfungsi melawan bakteria  yang menyebabkan jerawat dan whiteheads.  Ia juga membantu masalah keradangan dan kemerahan dimuka. 

  • Ronella Lavender Essential Oil- Jika anda suka kepada rasa tenang, dan beri kesan pada tubuh dan minda, anda boleh gunakan aroma lavender ini, ia mengandungi ciri-ciri antibakteria  dan cukup lembut untuk digunakan pada kulit apabila dicairkan. Ia juga memberi manfaat kepada pertumbuhan sel kulit dan membantu pesakit kulit sensitif.

  • Ronella Lemongrass Essential Oil- sangat sesuai untuk masalah kulit berminyak, mempunyai fungsi antibakteria dan ciri-ciri antimikrob  dan mempunyai kesan yang bagus untuk membantu hilangkan jerawat. Lemongrass juga sesuai untuk tujuan mandi wap dan sauna.


Bagaimana cara nak gunakan ronella essential oil ini ?

Cairkan essential oil dengan carrier oil , guna 10 hingga 12 titis  essential oil yang dipilih dengan 30ml carrier oil,  campuran anda seeloknya kurang dari 5% essential oil.

Campurkan carrier oil dan essential oil pilihan dalam botol , goncang perlahan-lahan untuk adunkan kedua-dua minyak, sapukan 2 hingga 3 titis setiap malam pada kulit , uolss juga boleh gunakan aroma essential yang lain dengan menggunakan diffuser untuk mewujudkan udara segar dan haruman essential oil pilihan.


Langkah berjaga-jaga untuk wanita mengandung dan kanak-kanak, dapatkan nasihat doktor untuk memastikan keselamatan penggunaan.

Selasa, 4 April 2017

Nak hilangkan jerawat tanpa risau dengan bahan kimia?

Sekarang ni, produk untuk hilangkan jerawat makin berlambak di pasaran, banyak juga yang berkesan dalam jangka masa yang pantas. Tapi sejak akhir-akhir ni, banyak produk telah dilaporkan menggunakan bahan kimia terlarang yang menyebabkan kesan bahaya si pemakainya.


Kes produk untuk jerawat yang beracun semakin menjadi-jadi menyebabkan muka pesakit semakin teruk sehingga menjejaskan kulit muka secara kesuluruhannya.


Mak aiiih!...

Kecoh baru baru ni seorang pengguna produk hilangkan jerawat menerima nasib malang,... begini kisahnya..


Lin (bukan nama sebenar) ada menggunakan produk untuk hilang jerawat yang dibeli di kedai , muka lin ni kira jerawat sikit-sikit je, lin pun beli la produk hilangkan jerawat tu, jenama agak dikenali jugak.

Pada peringkat awal guna ,muka lin cepat dapat kesan, memang kulit rasa bertambah licin cerah dan jerawat mudah hilang, pergh happy gila lin bila orang puji muka makin licin, xde dah macam dulu..

Sehinggalah selepas beberapa bulan...


Lin konsisten pakai produk tu, bila lepas beberapa bulan, tiba-tiba muka lin jadi makin sensitif, muka nampak cerah , licin tapi bila kena matahari, mudah naik merah-merah, kulit muka pun rasa makin nipis, Lin mula risau dengan perubahan pada kulit mukanya , dan Lin buat keputusan untuk stop guna produk tu.


Malang tak berbau....


Selepas Lin stop guna produk tu, jerawat tiba-tiba tumbuh dengan banyak, muka semakin banyak naik jerawat malah lebih teruk dari dulu. 


Selepas dilihat semula, rupanya banyak produk untuk hilangkan jerawat ni guna merkuri, sejenia bahan kimia yang menghakis kulit, kulit boleh licin dan putih tapi kuli makin nipis...


Begitulah kisah Lin ni....


Namun ini pula adalah cara semulajadi yang anda boleh cuba dan elakkan dari menerima nasib yang sama macam lin


Penyelesaian terbaru yang selamat dari bahan kimia, 100% semulajadi dan tanpa alkohol..


Tak perlu risau lagi dengan kesan bahan kimia, ini adalah kaedah semulajadi tanpa memberi kesan kepada keradangan pada muka anda yang terkesan dengan jerawat yang menjadi-jadi..


Ini adalah perkongsian dari salah seorang pengguna yang mengamalkan essential oil sebagai cara untuk mengurangkan masalah jerawat.

Miss carolyn berkongsi bagaimana kaedah ini membantu...

"Saya telah mendapat kesan yang hebat dengan menggunakan kaedah penjagaan kulit seperti ini, saya gunakan setitik tea tree essential oil dalam semangkuk air panas, jangan terlalu panas sangat, gunakan kain bersih seperti tuala, gunakan kain bersih yang baru setiap kali ingin melakukan proses ini,


Rendam kain dalam air yang telah dititiskan dengan essential oil dan letakkan pada muka, pastikan mata tertutup. Tekan pada muka sehingga hilang rasa hangat pada muka, ulang sehingga 10 kali, dan lakukannya pada waktu pagi dan petang.



Kaedah ini membantu menyediakan lapisan sebagai pelembap semulajadi yang menyelesakan dan ia juga membantu saya untuk penyembuhan kulit kesan dari pengambilan bahan kimia pada muka. Penggunaan cara ini juga sangat menenangkan dan ianya terhindar dari sentuhan pada kawasan radang yang terkena pada muka kita yang boleh memburukkan lagi keadaan. Harap perkongsian saya membantu ya, jangan lupa kongsikan pengalaman anda selepas menggunakan essential oil nanti. "


Ikhlas dari Carolyn...




Haa begitula perkongsian ringkas dari Miss Carolyn, ia adalah pengalaman sebenar bagaimana essential oil ini membantu untuk mengurangkan masalah jerawat.


Nak saya bantu dengan menggunakan kaedah penggunaan essential oil untuk membantu masalah jerawat anda?

Ini adalah pakej terbaik dari Ronella Essential Oil untuk membantu masalah jerawat anda, mari saya kongsikan satu-persatu..

  • Ronella Tea Tree Essential Oil-  aroma tea tree boleh digunakan sebagai kaedah mengambil wap esential oil yang disertakan dengan semangkuk air panas. Ronella Tea Tree Essential Oil ini mempunyai bahan antikulat dan antimikrob yang telah dibuktikan sebagai penyelesaian ramai untuk masalah jerawat.  Penggunaan aroma tea tree ini sudah dilakukan sejak zaman-berzaman lagi untuk membantu mengurangkan masalah kulit sensitif dan anda boleh cuba untuk mengurangkan kesan yang semakin buruk pada jerawat muka anda. Bahan tea tree yang 100% semulajadi ini memberikan kesan yang menyelesakan pada kawasan sakit pada muka. 

  • Ronella Lavender Essential Oil- Aroma lavender mempunyai  manfaat yang mendalam untuk kulit anda,  ia membantu melegakan dan menyuburkan kulit akibat jerawat, selain itu, lavender ini mempunyai antioksida yang menyelesaikan masalah kulit kering ,mengurangkan tompok gelap dan parut akibat jerawat. Selepas anda gunakan tea tree menggunakan kaedah pengewapan dengan mangkuk air panas. Gunakan pula aroma lavender dengan titiskan sebanyak 5 titik dalam ronella diffuser. Pasti lebih relaks dan tenang akibat stress dengan masalah jerawat.

  • Ronella Lemongrass Essential Oil- aroma lemongrass sangat terkenal sebagai aroma untuk membantu masalah jerawat, aroma ini juga anda boleh gunakan bersama jojoba oil sebagai carrier oil anda. Boleh sapukan pada kawasan yang terkesan dengan jerawat. 

Bagaimana untuk anda membezakan ianya benar-benar semulajadi atau sekadar claim sahaja?

Ronella Essential Oil dihasilkan oleh syarikat tempatan untuk memperjuangkan proses pembuatan yang 100% semulajadi , tanpa bahan kimia dan alkohol, untuk memastikan ianya semulajadi, anda perlu melihat berapa peratuskan kandungan essential oil bagi setiap aroma. Pastikan setiap aroma adalah essential oil yang asli dan bukannya aroma blend. 

Ini bagi memastikan ianya memberikan kesan yang maksima untuk masalah jerawat anda.