Pages

Sabtu, 1 April 2017

Aduhh..hidung asyik tersumbat, berair...susah nak tido

Biasa ada masalah hidung tersumbat, bersin tak berhenti dan hidung berair?

Kalau jarang-jarang kena , itu perkara biasa, mungkin selsema biasa sahaja. 

Tapi kalau berterusan macam ni,  awak mungkin ada masalah sinus...kalau ada BACA CERITA NI DULU..


Saya sebelum ni memang mengalami masalah sinus yang agak teruk, hidung berair, kalau nak tido selalu tak selesa, bernafas tak lawas.

Mula-mula kena, saya anggap macam selsema biasa sahaja, tapi lama kelamaan, setiap malam saya kena masalah macam ni, dan berlarutan sehingga ke hari esok. Bangun pagi-pagi, hidung tersumbat sampai nak lemas, hingus pun kekuningan tak habis-habis.


Saya ada pergi berjumpa doktor, nampaknya saya ni terlalu alahan dengan persekitaran, tak boleh bau habuk atau bakteria, mesti mudah nak kena.


Doktor ada berikan saya beberapa jenis ubat dan masalah saya berkurang, tapi bila balik ke rumah atau kemana-mana, mudah nak datang balik sebab terlalu alergik dengan bau dan persekitaran yang kotor.

Saya sendiri pun tahu, sampai bila nak berterusan ambil ubat doktor je, nanti bagi kesan yang tak bagus untuk jangka masa panjang, jadi saya nak elakkan berterusan makan ubat dan cari cara alternatif lain yang semulajadi.


Jadi saya tercari-cari bagaimana nak kurangkan masalah saya ni, hidung tak berhenti-henti asyik tersumbat je, sampai ada satu tahap tu, nak makan pun dah tak berapa selera sebab tak boleh nak cium bau sangat. Hidung tersumbat, bila baring rasa terganggu untuk tidur, tidur dalam aircond pun tak boleh...


Sehinggalah saya bertemu dengan satu penyelesaian semulajadi dengan menggunakan essential oil..

Mula-mula memang tak percaya, tapi artikel yang saya baca dan bagaimana aroma tea tree ini membantu untuk mengurangkan simtom. Saya cuba jugak..

Alhamdulilah, nampaknya membantu, saya gunakan Ronella Tea Tree Essential Oil , saya guna bau tea tree ni untuk saya hidu dengan cara  penyedutan wap.  Pada peringkat awal saya guna dengan cara didihkan air panas dan titiskan 7 titik Ronella Tea Tree essential oil. Saya gunakan kain tuala bersih untuk menutup kepala dan mata, kemudian saya ambil wap dan sedut untuk melegakan masalah sinus saya.


Syukur, masalah sinus saya makin berkurang, masalah hidung tersumbat tu beransur pulih , saya kena pastikan suasana dirumah sentiasa berada dalam udara aroma tea tree, sekarang ni saya guna diffuser sahaja untuk mengekalkan wap udara essential oil ni..


Begitulah kisah salah seorang pesakit sinus yang mengamalkan  penggunaan wap terapuetik dari essential oil.



Jika anda mengalami nasib yang sama seperti di atas,

Saya cadangkan anda untuk mencuba Ronella Essential Oil dalam tiga pilihan ini:

  • Ronella Tea Tree Essential Oil - sejak zaman berzaman lagi, aroma tea tree telah menjadi sumber semulajadi untuk pelbagai penyakit dan turut membantu untuk pesakit sinus melegakan masalah hidung tersumbat dan berair. Anda boleh menggunakan kaedah dengan mendidihkan air panas  dan titiskan 7 titik ronella tea tree essential oil , gunakan cara penyedutan bersama dengan kain tuala ditutup di kepala, atau boleh gunakan cara yang lebih mudah dengan menggunakan ronella diffuser. Rasakan perbezaan selepas mengamalkan penyedutan, pesakit sinus boleh bernafas lebih ringan dan membantu mengurangkan simtom hidung tersumbat.

  •  Ronella Lavender Essential Oil - untuk pesakit sinus, masalah ini kerap menganggu pernafasan si pesakit dan kesukaran untuk tidur dengan selesa. Aroma lavender telah banyak membantu dalam meningkatkan kelegaan kepada saluran pernafasan dan membantu untuk tidur dengan lebih lena. Titiskan 5 titik ronella lavender essential oil dalam diffuser dan biarkan wap aroma beredar pada waktu malam anda.

  • Ronella Lemongrass Essential Oil - anda juga boleh gunakan aroma lemongrass untuk melegakan sakit kepala kesan daripada masalah sinus yang berlarutan. Aroma lemongrass telah sediamaklum sebagai tumbuhan semulajadi untuk membantu melegakan sakit kepala dengan mengambil bauan lemongrass. Titiskan 5 titik ronella lemongrass essential oil dalam ronella diffuser anda dan gunakan pada waktu siang hari, biarkan bau lemongrass bertebaran ke seluruh rumah atau bilik anda. Rasakan pengalaman aroma ini untuk melegakan sakit kepala kesan daripada masalah sinus yang berlarutan.


Kalau awak masih tercari-cari penyelesaian secara semulajadi , 100% asli dan tanpa alkohol, Ronella Essential Oil ini adalah penyelesaian untuk awak. Gunakan ketiga-tiga aroma ini dalam pakej jimat family pack untuk membantu masalah sinus awak secara keseluruhan.


Produk Ronella Essential Oil ini adalah syarikat tempatan yang memperjuangkan kaedah 100% semulajadi untuk membantu penyakit sinus seperti awak.  Jadi awak tak perlu bimbang dengan bahan-bahan yang digunakan, produk ronella amat mementingkan keaslian essential oil yang dihasilkan dan untuk memastikan pesakit sinus macam awak dapat kesan yang maksimum.


Ini penting untuk pastikan masalah hidung tersumbat, hidung berair dan susah nak tido dapat diselesaikan secepat yang mungkin..