Pages

Isnin, 31 Julai 2017

I am an Authorised Dealer for Ronella Products


Hi, I am Linda Kamal


Jangan segan-segan untuk hubungi saya untuk order atau ketahui maklumat mengenai Ronella Essential Oils produk.

Image result for contact me
Whatsapp: 
013 - 4141 176

Email: 
kamarudinazlin@yahoo.com

Facebook: 
Linda Kamal

Instagram: 
@ronellaessentialoils

Ahad, 30 Julai 2017

3 CARA UNTUK LEGAKAN SAKIT-SAKIT DI BAHAGIAN ABDOMEN, CRAMP DAN KEJANG BAGI IBU MENGANDUNG



1) Banyakkan duduk dan berehat
Anda boleh cuba hentikan kesakitan itu dengan cara banyakkan berehat dan duduk. Kalau masih rasa sakit, cuba juga untuk banyakkan berbaring ya. Selain itu, untuk aktiviti yang boleh melegakan dengan cara duduk bongkok ke hadapan dengan menghadap belakang sofa.





2) Mengawal pergerakan
Anda boleh cuba mengawal pergerakan dengan bergerak perlahan-lahan dan sentiasa berhati-hati semasa memilih posisi untuk duduk. Boleh cuba tolak punggung ke belakang sebelum hendak berdiri.



3) Guna tali pinggang sokongan
Kalau kandungan anda dah terlalu berat, boleh menggunakan tali pinggang sokongan atau pembalut tubular berelastik yang khas digunakan untuk wanita pregnant. Kegunaan tali pinggang ini boleh menampung berat bayi kandungan tu dan boleh mengurangkan tekanan pada otot-otot perut.



Memperkenalkan Mommy Relief daripada Ronella yang khas untuk wanita mengandung, fungsi Mommy Relief ni untuk bantu anda yang ada masalah sakit-sakit belakang, kaki cramp dan sakit di bahagian abdomen.

Hanya gosokkan sahaja dibahagian sakit, Mommy Relief boleh bantu legakan dengan selamat tanpa perlu risau kesan bahan kimia, kerana bahan-bahan dalam Mommy Relief ini adalah penggunaaan adunan essential oil yang telah disahkan oleh aromaterapis yang bertauliah.

Sabtu, 29 Julai 2017

Tips Elak Kaki Bengkak Selepas Bersalin



1. Buat streching dan regangan
Time anda rehat tu, anda amalkan senaman regangan yang bertujuan untuk mengurangkan kesan bengkak pada kaki. Caranya anda banyakkan berjalan dan berdiri ringan di sekitar rumah.

Anda jangan duduk terlalu lama dalam satu satu masa, tu yang senang naik bengkak tu.


2. Tinggikan kaki masa duduk
Kalau anda rasa cepat sangat rasa membengkak semasa duduk atau tidur, anda cuba tinggikan posisi kaki, alas bantal ke bawah buku lali. Dengan cara ni boleh membantu kurangkan saluran darah terus pergi ke pergelangan kaki anda.


3. Jangan duduk bersilang
Biasanya anda suka duduk bersilang ke bahagian depan. Tapi kalau rasa kaki tu bengkak, atau rasa cepat membengkak, nampaknya posisi duduk bersilang tu buat kaki anda senang untuk bengkak.

Jadi, jangan selalu amalkan duduk bersilang ni.


Sumber: bidanku


Dapatkan Mommy Relief untuk membantu anda meredakan gejala bengkak kaki selepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk sakit pinggang, lenguh-lenguh dan ketidakselesaan pada badan. Selamat digunakan semasa mengandung dan selepas bersalin. 

Jumaat, 28 Julai 2017

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN RONELLA ESSENTIAL OIL.



1. Selamat dari Bahan Kimia

Ronella muncul untuk memberikan penyelesaian kepada lambakan produk kosmetik hari ini yang sangat merbahaya dengan bahan kimia. Ramai yang terkesan. Risau kot kita jadi mangsa jugak dengan produk yang beri kesan kepada kulit dan mungkin merosakkan kulit.


Produk Ronella adalah berasaskan Essential Oil, kita semua dah tahu essential oil ni tiada bahan kimia berbahaya dan minyak pati ini jugalah yang terus menjadi end product kepada kita, takder campur lain-lain dah.



2. 100% semulajadi
Semua essential oil dari Ronella ada yang dimport dari Indonesia dan Australia, sebab kita yakin ada sesetengah essential oil yang betul-betul berkualiti dan asli adalah berada di negara tertentu.

Pihak Ronella faham kepentingan ini dan tidak hanya mengambil essential oil sebarangan dari kawasan tempatan sahaja. Ada sesetengah essential oil perlukan iklim tertentu yang mungkin tiada di Malaysia.



3. Menawarkan blend yang sudah sedia
Di Malaysia, penggunaan Essential Oil ini masih baru dan masyarakat kita masih kurang tahu pasal essential oil ni. Jadi ramai nak guna Ronella ni bila dah faham khasiatnya untuk apa.

Ramai pengguna yang tiada masa untuk mempelajari cara nak buat blend setiap minyak pati yang ada secara berasingan. Jadi Ronella mengambil inisiatif untuk memudahkan and yang nak guna Ronella Essential oil dengan menyediakan produk blend, dicampurkan ramuan dengan essential oil tertentu dalam satu botol dan siap untuk digunakan untuk masalah tertentu.

Buat masa sekarang, blend yang menjadi sambutan hangat dan membantu ramai pengguna ialah Gas-C dan Mommy Relief.



4. Proses pembuatan yang teliti
Proses pembuatan produk Ronella lebih berkualiti jika dibandingkan diproses di kilang secara sepenuhnya. Produk Ronella ni menjalani proses separa kilang dan handmade. Sebab ini berpunca ada sesetengah essential oil yang tidak boleh dimasak secara sekali gus dalam kuantiti yang banyak.

Ada juga essential oil yang dihasilkan tanpa membersihkan terlebih dahulu botol kaca dengan cara yang betul, menyebabkan memberi kesan kepada keaslian minyak pati dalam botol tu.



5. Formulasi daripada certificate aromatherapist
Untuk mendapatkan sijil aromatepi ini, pemohon mesti melalui fasa pembelajaran secara saintifik, membuat uji kaji dan mendapat info yang tepat tentang kandungan essential oil dan khasiat setiap kandungannya.

Pemohon tidak boleh sembarangan belajar melalui google aje dan mengeluarkan produk ni, sebab itu, sebelum produk Ronella ni keluar, pengasas produk Ronella sudah 'well known' dengan khasiat dan setiap kod essential oil.

Ini yang Ronella tawarkan kepada pengguna.

Jadi tiada sebab untuk anda was-was dengan tahap keselamatan, kualiti dan keberkesanan rangkaian Produk Ronella Essential Oil. Dapatkan daripada saya, Linda Kamal.

Sehingga berjumpa lagi!

Khamis, 27 Julai 2017

APA BEZA ESSENTIAL OIL DENGAN FRAGRANCE OIL?


Memang ramai orang kita tersilap membezakan yang mana kaca, yang mana permata. Bila lihat dari jauh rupanya sama. Bila hidu baunya serupa saja.


Jadi, dimana bezanya antara essential oil dengan fragrance oil?

Fragrance Oil lebih murah - Kalau nak diikutkan dah tentu murah sebab proses membuat fragrance oil ni hanya menggunakan bahan sintetik. Bahan kimia dan bukannya asli.

Essential Oil memberikan health benefit - Manakala Fragrance Oil boleh memudaratkan kesihatan kerana penggunaan bahan kimia.

Fragrance Oil berbau lebih lama - Tak dinafikan ianya boleh bertahan sehingga 2x ganda lamanya berbanding Essential Oil. Sebab tujuan utama ianya dicipta hanya semata-mata memberikan kesan bauan. Tetapi tiada kelebihan kesihatan.

Essential Oil dihasillkan 100% tumbuhan - Bukan mudah nak hasilkan Essential Oil kerana proses tersebut melecehkan dan agak lama berbanding Fragrance Oil.




Apa cara nak bezakan dengan mudah? 

Bagi kami cara termudah adalah harga dan bau-bauan. Harga Essential Oil lebih mahal berbanding Fragrance Oil kerana ianya 100% asli (macam yang kami hasilkan). Bau Essential Oil pula tidak begitu wangi berbanding Fragrance Oil atas sifat tumbuhan itu sendiri.

Semoga perkongsian ini dapat bantu anda membezakan antara kedua-duanya.

Rabu, 26 Julai 2017

4 Tips Kenalpasti Essential Oil Tulen


Tahukah anda cara mendapatkan essential oil yang tulen? Dengan memerhatikan 4 info/tips ini, ia membantu anda dalam pemilihan essential oil yang tepat.



1. Jenis botol
Pure essential oil hendaklah sentiasa disimpan di dalam botol kaca yang gelap dengan label yang menunjukkan semua bahan-bahan, termasuk nama botani. Plastik hanya boleh diterima di mana essential oil telah pun dilute dengan carrier oil.


2. Nama botani
Untuk pastikan bahawa anda membeli essential oil yang betul, pastikan nama Latin botani pada label produk. Sebagai contoh, Peppermint (Mentha piperita), hendaklah disenaraikan dengan jelas.


3. Harga
Kestabilan mutu abstrak dan intipati sebenar tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam penghasilan pure essential oil ini mememerlukan kos yang tinggi. Oleh itu tidak hairanlah pure essential oil mempunyai harga yang berpatutan.





4. Bau
Dengan pengalaman, anda boleh bezakan bau antara minyak pati tulen dan tiruan. Adakah ia berbau seperti alkohol, atau mempunyai bau tiruan? Jika ya, ia bukannya pure essential oil.





Nak dapatkan pure essential oil tanpa rasa ragu-ragu? Dapatkan Ronella Essential Oil daripada saya, Linda Kamal.


Selasa, 25 Julai 2017

3 Produk Terhangat dari Ronella

Assalamualaikum & Hi.

Inilah rangkaian produk terhangat dari Ronella 

3 rangkaian Ronella Pre-Dilute ini khas untuk:
  • masalah sakit otot atau lenguh lutut dengan Pain X
  • ibu mengandung bersama masalah sakit pinggang dan sakit belakang dengan Mommy Relief
  • masalah perut bergas dengan Gas C







Isnin, 24 Julai 2017

Elak 5 Jenis Makanan Ini Untuk Kesihatan Sendi Anda

Assalamualaikum dan Hi Semua.

Sharing saya hari ni tentang sendi aka Joint yang mesti dijaga. Sakit sendi ni dia tak macam sakit lain, jarang-jarang datang. Pernah kena tak?

TAPI... bila dah datang sakitnya, mau tak berjalan kita menanggung sakit. Biasanya golongan yang banyak terlibat dengan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga fizikal mudah nak kena masalah ni.

Masalah joint ni , kita boleh faham sebagai salah satu masalah radang sendi dan ia juga berpunca daripada aktiviti pemakanan yang boleh menyumbang kepada sakit sendi.


Jadi kita kena elakkan 5 jenis makanan ni kalau nak elak sakit sendi tu datang.

1. Makanan bergoreng
Kita ni boleh kata hari-hari makan makanan bergoreng kan? Mana boleh nak elak, ok tak la saya cakap kena stop terus. Kena kurangkan aje, makanan bergoreng ni dah memang terbukti memang menyumbang kepada sakit radang sendi.
Selain tu, makanan yang dah diproses juga boleh jadi penyebab juga , contohnya makanan frozen food tu.

2. Gula, karbohidrat tinggi
Gula adalah bahan mengandungi asid dan menyumbang kepada peningkatan toksin AGE. Toksin AGE ni la yang bawa masalah keradangan ni.
Elak makanan yang manis-manis ye macam gula-gula, makanan proses dalam kotak dan air soda. Kalau tak jaga, lama-lama boleh jadi atritis pulak.

3. Kurangkan pengambilan produk tenusu
Produk tenusu boleh buat kita sakit sendi sebab sejenis bahan protein yang ada dalam produk tersebut. Bagi yang sensitif, mudah nak rasa rengsa pada tisu sendi .
Cuba elakkan pengambilan protein seperti sumber daging dan tenusu, dan kita boleh ganti dengan sumber daripada sayur-sayuran seperti bayam, kacang dan lain-lain.

4. Rokok dan Alkohol
Rokok dengan minuman alkohol, takde sebarang kebaikan, tak kiralah untuk masalah kesihatan apa pun, semua effect tau. Samalah jugak untuk masalah sendi. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk kena masalah sendi ni.

5. Garam, bahan pengawet
Banyak makanan yang kita makan ada bahan garam yang tinggi dan bahan pengawet. Tujuannya untuk makanan tu lebih tahan lama. Tapi kesan dari bahan tu bagi kesan kepada kesihatan sendi.
Cuba baca label pada produk tu, kalau kita jaga pengambilan garam dan bahan pengawet yang berlebihan ni, boleh bantu kita kurangkan risiko sakit sendi.


Nak tau produk untuk redakan sakit sendi? Saya akan tunjukkan pada korang iaitu Ronella Pain X PreDilute Blend.

Penggunaan Pain X dapat membantu meredakan sakit sendi. Dengan saiznya yang comel dan praktikal, ia amat sesuai digunakan dan dibawa ke mana saja. Kalau kaum adam, nak letak dalam poket baju atau seluar pun boleh. Kaum hawa pulak, lagi mudah, letak ajer dalam handbag atau clutch pun boleh. 

Jadikan Pain X teman setia kita dimana sahaja dan bila-bila masa ajer. Bila ada rasa ketidakselesaan badan berkaitan sendi, boleh terus sapu. Mudah kan?

Ahad, 23 Julai 2017

Ronella Essential Oil


Kepada peminat setia Essential Oil, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba produk keluaran kami, RONELLA Essential Oil.



Produk 100% pure dan berkualiti tinggi ini tidak terdapat sebarang bahan kimia dan alkohol di dalamnya. 

Tambahan pula, kelainan aroma dan manfaat sumber semulajadi yang ada pada setiap botol essential oil ini membantu dalam menjaga kesihatan dan kecantikan anda dan seisi keluarga.

Hanya dengan beberapa titisan sahaja anda akan mendapat hasilnya, Mudahkan?😉

Sabtu, 22 Julai 2017

Hari yang ceria bermula dengan Ronella Family Pack

Mulakan hari anda dengan Family Pack Ronella Essential Oil kerana ia dapat membantu anda menjalani hari dengan tenang, sihat dan gembira.

Ronella yang merupakan produk berasaskan tumbuhan semulajadi ini, membantu dalam menguruskan kesihatan dan mengawal penyakit anda.


Tidak lupa kepada ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka cergas, ceria dan dijauhi daripada sebarang penyakit, anda boleh mencuba family pack Ronella Essential Oil. Tiga essential oil (Lavender, Tea Tree, Lemongrass) dapat membantu anda secara khusus dalam memberi tenaga, menghilangkan kesakitan dan menigkatkan fokus.

Tambahan lagi, keunikan aroma yang terdapat daripada setiap jenis essential oil ini akan memberi manfaat kepada anda seisi keluarga. Selamat mencuba 

Jumaat, 21 Julai 2017

8 Kegunaan Essential Oil



1. Penghalau nyamuk semulajadi
Campurkan setiap satu titis lemongrass oil, citronella oil dan eucalyptus oil dengan satu sudu coconut oil untuk membuat semburan semula jadi dan gosokkan pada kulit yang terdedah.


2. Menghilangkan bau kasut
Untuk menghilangkan bau dari kasut, titiskan tea tree oil dan lemon oil untuk mematikan kuman yang terdapat di kasut.


3. Melenakan tidur
Lavender oil boleh membantu mengurangkan insomnia. Tititskan di atas bantal anda untuk melenakan tidur anda.


4. Terapi urut
Semasa melakukan massage gunakan berapa titis lavender oil yang dicampur dengan losyen massage.


5. Melegakan kemurungan
Untuk meningkatkan mood dan melegakan kemurungan, tambahkan patchouli oil ke dalam mandian atau diffuse sahaja.


6. Membantu menyembuhkan tumit retak dan kering
Campurkan 3 titis lavender oil dan dua sudu makan coconut oil. Sapukan di kawasan tumit anda dan jangan lupa untuk memakai sarung kaki.


7. Melegakan loya
Bernafas dengan peppermint oil melalui hidung untuk mengurangkan loya anda. Selain itu, apabila di campur dengan carrier oil, anda boleh sapu di bahagian leher dan atas dada untuk melegakan loya.


8. Terapi sauna
Tambah dua titis essential oil kegemaran anda ke dalam dua cawan air di dalam sauna.