Khamis, 24 Ogos 2017

Cara Guna Ronella Treatment Pack

Ronella Treatment Pack ada 3 essential oil, Lemon, Eucalyptus dan Peppermint. Kebaikan Ronella Treatment Pack adalah memberi perlindungan yang menyeluruh kepada seisi keluarga.

Cara Guna Ronella Treatment Pack

Lemon Essential Oil

Aroma citrus lemon

- Guna sebagai pencuci rumah untuk membunuh kuman.

Mop lantai rumah, lap tingkap, perabot dan spray langsir dan bilik air.

- Aroma citrus buat rumah bau segar.

Spray di langsir, perabot dan dalam almari atau guna Diffuser Ronella.

- Masukkan dalam air mandian

Mandi dengan Lemon Essential Oil untuk segarkan badan.

- Jadikan minyak urut

Berurut dengan Lemon Essential Oil yang cair untuk tenangkan badan dan naikkan mood ceria.

Eucalyptus Essential Oil

Aroma Eucalyptus (bau sikit macam V**ks)

-  Hilangkan sesak nafas akibat selsema atau asthma. 

Cairkan dan sapu pada dada dan belakang bila diserang asthma.

- Kurang sakit kepala dan migraine

Hidu essential oil atau letak 2-3 titis pada kapas dan hidu.

- Diffuse di udara

Letak 5 titis Eucalyptus Essential Oil dalam Diffuser Ronella dan biarkan 'on' sepanjang malam sebelum tidur.

Peppermint Essential Oil

Aroma pudina nyaman dan berangin

- Hilang loya, muntah-muntah dan mabuk kenderaan

Letakkan 2-3 titis eo pada kapas dan hidu atau guna Diffuser Ronella. 

Letak 5 titis Peppermint Essential Oil dekat air dalam Diffuser. Tekan 'on' dan tekan setting 1/2/3 jam dan biarkan. 

- Hilang masalah pernafasan sebab selsema dan batuk

Cairkan Peppermint Essential Oil dengan Jojoba Oil. Sapu pada dada dan belakang.

Essential oil adalah cara terbaik untuk melindungi keluarga tanpa campur tangan ubat dan bahan kimia yang tidak perlu.

Jika keluarga mengalami masalah kesihatan yang semakin teruk dan serius, sila berjumpa dengan doktor.



Produk ini tidak merawat, memulihkan dan mendiagnosis apa-apa penyakit. Rawatan lanjut adalah perlu jika sakit semakin serius. 

Isnin, 21 Ogos 2017

Video Cara Menggunakan Seed Diffuser Ronella

Cara menggunakan Ronella Seed Diffuser




Ronella Seed Diffuser ada warranty selama setahun dari tarikh dibeli.
Harga Seed Diffuser RM229 je.

Best bila guna Ronella Essential Oil dengan Diffuser ni.
Siap ada lampu bewarna lagi, boleh guna untuk malam yang romantis.

Kalau guna lilin lebih membahayakan, rumah terbakar buat naya je.
Lampu Diffuser Ronella ada 5-6 warna.

P/s: Ronella Essential Oil dijual secara berasingan dari Diffuser.

Boleh wasap saya di nombor dekat header blog.

Pre-Launch Video: Ronella Baby Balm Series

Info Ronella Baby Series.

Boleh tonton video dibawah.



Rabu, 16 Ogos 2017

Sebab-sebab mengapa bayi dan kanak-kanak tak boleh guna essential oil

Essential Oil adalah minyak yang terdapat pada bahagian-bahagian tumbuhan yang mempunyai sifat-sifat terapeutik.

Ini bermakna, pakar aromaterapis menghasilkan essential oil dari banyak tumbuhan.
Untuk menghasilkan 450 ml essential oil Peppermint, kita perlu menggunakan 116kg daun Peppermint.
Untuk menghasilkan 450ml essential oil Lavender, kita menggunakan 68kg atau lebih bunga Lavender.
Untuk menghasilkan 450ml essential oil Rose, kita perlu menggunakan beribu-ribu tan bunga ros. 
Ini yang menyebabkan essential oil mengandungi kepekatan yang sangat tinggi jadi bayi dan kanak-kanak tidak boleh menapis essential oil secara berkesan seperti orang dewasa.





Ada beberapa pengecualian untuk menggunakan essential oil pada kanak-kanak seperti Lemon dan Lavender. Lavender boleh digunakan tanpa dicairkan. Ianya dipersetujui selamat oleh ahli-ahli aromaterapi. Lemon perlu dicairkan terlebih dahulu.

Kulit bayi dan kanak-kanak adalah nipis dan sensitif kepada apa-apa losen, minyak dan bedak. Jadi gunakan essential oil secara berhati-hati. 'Test' dahulu sedikit essential oil pada kulit bayi sebelum sapukan banyak essential oil. Jika bayi ada menunjukkan tanda-tanda keradangan dan alahan, berhenti dari terus menggunakan essential oil secara sapuan.

Essential oil citrus lebih mudah menyebabkan keradangan pada kulit jika ianya digunakan secara terus atau walaupun dicairkan, kepekatannya masih tinggi.

Saya cadangkan anda hanya meletakkan 1 titis Essential Oil Lemon dalam carrier oil Jojoba untuk digunakan pada bayi dan kanak-kanak.

Video untuk cairkan EO ada di sini

Essential Oil lain seperti Peppermint, Eucalyptus dan Rosemary tidak boleh digunakan oleh bayi dan kanak-kanak kerana mengandungi sebatian menthol dan 1,8-cineole. Sebatian ini boleh memperlahan pernafasan bayi dan kanak-kanak ataupun memberhentikan terus pernafasan mereka terutamanya bayi dan kanak-kanak yang ada masalah pernafasan seperti batuk dan selsema. 

Jika anda ingin juga menggunakan essential oil ini, anda boleh letakkan dalam Ronella Diffuser dalam kuantiti yang kecil dan biarkan ia diffuse selama 1 jam dalam bilik yang sederhana luas dan ada pengudaraan yang baik. 

Video cara guna Diffuser ada di sini.


Ini Ronella Stem Diffuser.
Ronella akan mengeluarkan produk balm untuk bayi dan kanak-kanak bawah 5 tahun pada bulan hadapan. Ronella Baby Series ada 6 produk seperti yang anda boleh lihat dalam gambar dibawah. Rangkaian Baby Series adalah 100% selamat pada bayi kerana Balm ini bebas dari apa-apa bahan kimia dan alkohol. 

Alkohol akan menyebabkan kulit jadi semakin kering. 

Ronella Baby Series mempunyai bahan kandungan carrier oil seperti Virgin Coconut Oil, Olive Oil atau Jojoba Oil (bergantung pada produk). Kesemua oil ini bertujuan untuk melembapkan kulit bayi dan mengelakkan bayi dari mempunyai masalah kulit kering lepas memakai produk tersebut.

Anda boleh pre-order loose item Baby Series dengan saya dahulu pada nombor di header blog diatas. 

Saya akan pos barang sebaik sahaja yang menerima barang tersebut di tangan saya.



Selasa, 15 Ogos 2017

Video Cara Guna Stem Diffuser Ronella

Jika anda kurang faham cara hendak guna Diffuser Ronella, anda boleh menonton video dibawah untuk penerangan yang lebih jelas.

P/s: Diffuser tersebut telah diisi air. Jadi diaorang skip step isi air. 

Jenis Diffuser dibawah adalah Ronella Stem Diffuser.

Stem Diffuser boleh isi sebanyak 70ml air. Cuma perlu diingatkan, air essential oil yang tidak habis perlu dibuang walaupun air essential oil masih banyak.

Jika tidak dibuang, essential oil akan mendap dan tutup lubang Diffuser. 

Dan essential oil yang telah terdedah pada oksigen akan dioksidakan. 
Essential oil ini tidak elok untuk dihidu lagi. 

Jadi setiap hari buat air Diffuser baru ya.


Ahad, 13 Ogos 2017

Launching Ronella Baby Series

Khas untuk mommy yang mencari Baby Balm yang NATURAL, bebas KIMIA dan bebas ALKOHOL.

Bila Ronella nak launch set ni?

BULAN DEPAN.

Jadi jangan terlepas peluang untuk memiliki Baby Series okay. Item yang sangat dinanti-nantikan.





Khamis, 10 Ogos 2017

Cara Hendak Cairkan Ronella Essential Oil

Cara nak cairkan Ronella Essential Oil supaya boleh sapu terus atas kulit.

Essential Oil tidak boleh terus sapu ke kulit kerana pati tumbuhan tu sangat pekat. Jika hendak sapu Essential Oil ke kulit, Essential Oil perlu dicairkan (dilute) terlebih dahulu menggunakan carrier oil seperti Jojoba.

Bahan yang perlu ada ialah, botol Mixer, Jojoba Oil (Black / Gold) dan Essential Oil.

Langkah-langkah untuk cairkan Essential Oil:

1. Masukkan 20ml Jojoba Oil (carrier oil) ke dalam botol Mixer.
2. Masukkan 2-3 titis essential oil ke dalam botol Mixer.
3. Goncangkan botol sehingga sebati.

Dah boleh sapu terus ke atas kulit dan ianya tidak melekit kerana Jojoba Oil membantu kulit meresap essential oil dengan pantas.

Boleh juga gunakan essential oil cair ini untuk mengurut bayi. 
Cuma bayi hanya boleh guna Ronella Lavender Essential Oil yang dicairkan sahaja ya.



Ronella Essential Oil wanita hamil boleh guna.

Berikut adalah senarai Ronella Essential Oil wanita hamil boleh guna sepanjang tempoh kehamilan. Serta kelebihan dan kebaikan essential oil tersebut.

Essential Oil boleh digunakan selepas kehamilan trimester pertama. Pada trimester pertama, kami tidak menggalakkan apa-apa penggunaan essential oil.

1. Essential Oil Lavender


Membantu mendapatkan tidur yang lena.
Mengurangkan keresahan dan kebimbangan.
Mengurangkan sakit kepala dan migraine.



2. Essential Oil Lemon


Menghilangkan rasa loya, muntah-muntah dan alahan.
Aroma citrus yang menyegarkan boleh menghilangkan rasa mengantuk.


3. Essential Oil Eucalyptus


Melegakan sakit kepala dan migraine.
Melegakan masalah selsema dan batuk.


4. Essential Oil Peppermint


Menghilangkan rasa loya, pening dan mabuk kenderaan.
Meransang aktiviti minda dan mewujudkan fokus.

Cuma tidak digalakkan untuk menggunakan Peppermint Essential Oil dekat kulit. Akan memberi kesan terhadap susu badan.

Keempat-empat essential oil ini mestilah dicairkan terlebih dahulu dengan Carrier Oil sebelum digunakan keatas kulit. 

Cara hendak cairkan essential oil saya akan kongsikan dalam post akan datang.

Ataupun gunakan Essential Oil ini dalam Diffuser Ronella. Masukkan air separuh bekas diffuser, titiskan 3-5 titis Ronella Essential Oil dan tekan punat 'on'. Biarkan selama 1 jam.

Rabu, 9 Ogos 2017

Cara hilangkan sakit gigi dengan Essential Oil Clove Bud

Cara nak guna Clove Bud Essential Oil untuk hilangkan sakit gigi.

1. Titikkan 2 titis clove bud pada putik kapas.

2. Tekan pada gigi yang sakit.

3. Keluarkan putik kapas dari mulut.

Tak perlu cairkan guna Jojoba oil. Boleh guna pati Clove Bud secara terus. Pastikan anda tidak tertelan putik kapas tersebut.



Mommy Relief: Lelaki pun boleh guna tau.

Mommy Relief adalah essential oil berasaskan tumbuhan yang telah dicampurkan bersama-sama. Mommy Relief melegakan cramping (kejang), sakit pinggang, sakit belakang, sakit bahu, sakit lutut dan betis. 

Tapi Mommy Relief tidak hanya terhad kepada wanita hamil. Lelaki yang mempunyai masalah sakit-sakit badan pun boleh guna Mommy Relief. 

Cara penggunaan Mommy Relief adalah mudah sahaja.

1. Buka penutupnya dan sapukan pada bahagian yang sakit.

Jauhi Mommy Relief daripada bayi dan kanak-kanak bawah 5 tahun.

Baca perbualan dibawah untuk pastikan lelaki juga boleh guna Mommy Relief.



Selasa, 8 Ogos 2017

Klik sini: Nota penting sebelum guna Ronella Mommy Relief

Mommy Relief adalah blended essential oil yang bebas kimia dan bebas alkohol. 

Digunakan untuk melegakan sakit pinggang, belakang, kaki, lenguh bahu, sakit lutut dan sakit betis. 100% kegunaan luar badan.

Tetapi wanita hamil trimester pertama (3 bulan pertama atau usia kandungan 1-12 minggu) tidak digalakkan untuk menggunakan Mommy Relief. 

Hanya wanita hamil trimester kedua dan keatas sahaja sesuai untuk guna Mommy Relief. 

Dan jika ingin menggunakan Mommy Relief waktu menyusukan bayi, pastikan kulit bayi tak terkena Mommy Relief.




Bahagian dalam Leaf Diffuser Ronella

Ini adalah Leaf DIffuser dari Ronella. Jom kita buka Leaf Diffuser dalam tengok bahagian dalam.

Ini adalah gambar dari bahagian depan Leaf Diffuser.


Ini adalah gambar dari bahagian atas Leaf Diffuser.


Ini gambar close up punat Leaf Diffuser, setting masa adalah 
30 minit, 1 jam, 2 jam atau 3jam.


Takat maximum air bagi Leaf Diffuser adalah 200ml.


Gambar bahagian dalam Leaf Diffuser.


Waranti bagi Leaf Diffuser adalah selama 1 tahun.


Ini manual penggunaan Leaf Diffuser.


Itulah sedikit sebanyak mengenai Leaf Diffuser Ronella.

Harga Leaf Diffuser adalah RM199 sahaja.
Tidak termasuk postage.


Isnin, 7 Ogos 2017

Bayi boleh guna Ronella Essential Oil tak?

Ini adalah antara soalan popular dalam kalangan pengguna Ronella Essential Oil. 


Bayi boleh guna tak Ronella Essential Oil?
Anak saya umur 1 tahun, boleh tak saya sapukan NT Bax pada ekzema dia?
Anak saya umur 3 bulan, boleh tak saya sapukan Essential Oil?



Ini jawapannya:

Dos Ronella Essential Oil diformulasikan untuk kegunaan orang dewasa. Bagi bayi dan kanak-kanak, hanya mereka terhad kepada beberapa jenis Essential Oil sahaja seperti Lavender dan Lemon.

Namun Essetial Oil tersebut mestilah dicairkan terlebih dahulu jika ingin disapu pada kulit dengan menggunakan carrier oil seperti Jojoba atau virgin coconut oil (vco) ataupun olive oil (minyak zaitun).

Untuk bayi berusia 3 bulan kebawah, mereka tidak boleh menggunakan apa-apa essential oil. Untuk bayi berusia 3 bulan keatas, mereka boleh menggunakan Lavender essential oil, untuk bayi berusia 6 bulan keatas, mereka dah boleh guna Lemon Essential Oil.

Bayi dan kanak-kanak tidak boleh menggunakan apa-apa Essential Oil lain sehingga berusia 5 tahun keatas.
Tetapi, ini berita baik, mereka boleh hidu bauan essential oil yang digunakan dalam diffuser.

Ikuti langkah-langkah cara menggunakan diffuser (link ada dibawah), biarkan diffuser itu mengeluarkan wap essential oil selama 15 minit hingga satu jam, kemudian tutup diffuser tersebut. Semudah itu sahaja. Pastikan diffuser diletakkan dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak terlalu dekat dengan anak-anak.


Ronella Leaf Diffuser.


Untuk keterangan lebih lanjut tentang Ronella Diffuser boleh tekan link dibawah.

Jenis diffuser Ronella:

http://www.ronella-essential-oil.com/2017/05/ronella-diffuser.html

Cara guna diffuser Ronella

http://www.ronella-essential-oil.com/2017/05/cara-guna-ronella-essential-oil.html

Jangan ralat sekiranya anak anda tidak boleh menggunakan Ronella Essential Oil kerana Ronella bakal mengeluarkan Ronella Baby Balm Set khas untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak. 

Produk ini akan launch tak lama lagi.

Sabtu, 5 Ogos 2017

Coming Soon: Ronella Baby Series, Balm Set For Your Little One

Ronella akan keluarkan produk essential oil untuk bayi tak lama lagi. 
Stay tune dengan update terbaru di ronella-essential-oil.com

Sebelum tu cuci mata dahulu dengan gambar-gambar dari HQ Ronella.
Geram kan tengok semua gambar ni. :)