Isnin, 7 Ogos 2017

Bayi boleh guna Ronella Essential Oil tak?

Ini adalah antara soalan popular dalam kalangan pengguna Ronella Essential Oil. 


Bayi boleh guna tak Ronella Essential Oil?
Anak saya umur 1 tahun, boleh tak saya sapukan NT Bax pada ekzema dia?
Anak saya umur 3 bulan, boleh tak saya sapukan Essential Oil?



Ini jawapannya:

Dos Ronella Essential Oil diformulasikan untuk kegunaan orang dewasa. Bagi bayi dan kanak-kanak, hanya mereka terhad kepada beberapa jenis Essential Oil sahaja seperti Lavender dan Lemon.

Namun Essetial Oil tersebut mestilah dicairkan terlebih dahulu jika ingin disapu pada kulit dengan menggunakan carrier oil seperti Jojoba atau virgin coconut oil (vco) ataupun olive oil (minyak zaitun).

Untuk bayi berusia 3 bulan kebawah, mereka tidak boleh menggunakan apa-apa essential oil. Untuk bayi berusia 3 bulan keatas, mereka boleh menggunakan Lavender essential oil, untuk bayi berusia 6 bulan keatas, mereka dah boleh guna Lemon Essential Oil.

Bayi dan kanak-kanak tidak boleh menggunakan apa-apa Essential Oil lain sehingga berusia 5 tahun keatas.
Tetapi, ini berita baik, mereka boleh hidu bauan essential oil yang digunakan dalam diffuser.

Ikuti langkah-langkah cara menggunakan diffuser (link ada dibawah), biarkan diffuser itu mengeluarkan wap essential oil selama 15 minit hingga satu jam, kemudian tutup diffuser tersebut. Semudah itu sahaja. Pastikan diffuser diletakkan dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak terlalu dekat dengan anak-anak.


Ronella Leaf Diffuser.


Untuk keterangan lebih lanjut tentang Ronella Diffuser boleh tekan link dibawah.

Jenis diffuser Ronella:

http://www.ronella-essential-oil.com/2017/05/ronella-diffuser.html

Cara guna diffuser Ronella

http://www.ronella-essential-oil.com/2017/05/cara-guna-ronella-essential-oil.html

Jangan ralat sekiranya anak anda tidak boleh menggunakan Ronella Essential Oil kerana Ronella bakal mengeluarkan Ronella Baby Balm Set khas untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak. 

Produk ini akan launch tak lama lagi.