Rabu, 16 Ogos 2017

Sebab-sebab mengapa bayi dan kanak-kanak tak boleh guna essential oil

Essential Oil adalah minyak yang terdapat pada bahagian-bahagian tumbuhan yang mempunyai sifat-sifat terapeutik.

Ini bermakna, pakar aromaterapis menghasilkan essential oil dari banyak tumbuhan.
Untuk menghasilkan 450 ml essential oil Peppermint, kita perlu menggunakan 116kg daun Peppermint.
Untuk menghasilkan 450ml essential oil Lavender, kita menggunakan 68kg atau lebih bunga Lavender.
Untuk menghasilkan 450ml essential oil Rose, kita perlu menggunakan beribu-ribu tan bunga ros. 
Ini yang menyebabkan essential oil mengandungi kepekatan yang sangat tinggi jadi bayi dan kanak-kanak tidak boleh menapis essential oil secara berkesan seperti orang dewasa.





Ada beberapa pengecualian untuk menggunakan essential oil pada kanak-kanak seperti Lemon dan Lavender. Lavender boleh digunakan tanpa dicairkan. Ianya dipersetujui selamat oleh ahli-ahli aromaterapi. Lemon perlu dicairkan terlebih dahulu.

Kulit bayi dan kanak-kanak adalah nipis dan sensitif kepada apa-apa losen, minyak dan bedak. Jadi gunakan essential oil secara berhati-hati. 'Test' dahulu sedikit essential oil pada kulit bayi sebelum sapukan banyak essential oil. Jika bayi ada menunjukkan tanda-tanda keradangan dan alahan, berhenti dari terus menggunakan essential oil secara sapuan.

Essential oil citrus lebih mudah menyebabkan keradangan pada kulit jika ianya digunakan secara terus atau walaupun dicairkan, kepekatannya masih tinggi.

Saya cadangkan anda hanya meletakkan 1 titis Essential Oil Lemon dalam carrier oil Jojoba untuk digunakan pada bayi dan kanak-kanak.

Video untuk cairkan EO ada di sini

Essential Oil lain seperti Peppermint, Eucalyptus dan Rosemary tidak boleh digunakan oleh bayi dan kanak-kanak kerana mengandungi sebatian menthol dan 1,8-cineole. Sebatian ini boleh memperlahan pernafasan bayi dan kanak-kanak ataupun memberhentikan terus pernafasan mereka terutamanya bayi dan kanak-kanak yang ada masalah pernafasan seperti batuk dan selsema. 

Jika anda ingin juga menggunakan essential oil ini, anda boleh letakkan dalam Ronella Diffuser dalam kuantiti yang kecil dan biarkan ia diffuse selama 1 jam dalam bilik yang sederhana luas dan ada pengudaraan yang baik. 

Video cara guna Diffuser ada di sini.


Ini Ronella Stem Diffuser.
Ronella akan mengeluarkan produk balm untuk bayi dan kanak-kanak bawah 5 tahun pada bulan hadapan. Ronella Baby Series ada 6 produk seperti yang anda boleh lihat dalam gambar dibawah. Rangkaian Baby Series adalah 100% selamat pada bayi kerana Balm ini bebas dari apa-apa bahan kimia dan alkohol. 

Alkohol akan menyebabkan kulit jadi semakin kering. 

Ronella Baby Series mempunyai bahan kandungan carrier oil seperti Virgin Coconut Oil, Olive Oil atau Jojoba Oil (bergantung pada produk). Kesemua oil ini bertujuan untuk melembapkan kulit bayi dan mengelakkan bayi dari mempunyai masalah kulit kering lepas memakai produk tersebut.

Anda boleh pre-order loose item Baby Series dengan saya dahulu pada nombor di header blog diatas. 

Saya akan pos barang sebaik sahaja yang menerima barang tersebut di tangan saya.