Khamis, 27 Julai 2017

APA BEZA ESSENTIAL OIL DENGAN FRAGRANCE OIL?


Memang ramai orang kita tersilap membezakan yang mana kaca, yang mana permata. Bila lihat dari jauh rupanya sama. Bila hidu baunya serupa saja.


Jadi, dimana bezanya antara essential oil dengan fragrance oil?

Fragrance Oil lebih murah - Kalau nak diikutkan dah tentu murah sebab proses membuat fragrance oil ni hanya menggunakan bahan sintetik. Bahan kimia dan bukannya asli.

Essential Oil memberikan health benefit - Manakala Fragrance Oil boleh memudaratkan kesihatan kerana penggunaan bahan kimia.

Fragrance Oil berbau lebih lama - Tak dinafikan ianya boleh bertahan sehingga 2x ganda lamanya berbanding Essential Oil. Sebab tujuan utama ianya dicipta hanya semata-mata memberikan kesan bauan. Tetapi tiada kelebihan kesihatan.

Essential Oil dihasillkan 100% tumbuhan - Bukan mudah nak hasilkan Essential Oil kerana proses tersebut melecehkan dan agak lama berbanding Fragrance Oil.




Apa cara nak bezakan dengan mudah? 

Bagi kami cara termudah adalah harga dan bau-bauan. Harga Essential Oil lebih mahal berbanding Fragrance Oil kerana ianya 100% asli (macam yang kami hasilkan). Bau Essential Oil pula tidak begitu wangi berbanding Fragrance Oil atas sifat tumbuhan itu sendiri.

Semoga perkongsian ini dapat bantu anda membezakan antara kedua-duanya.