Khamis, 10 Ogos 2017

Ronella Essential Oil wanita hamil boleh guna.

Berikut adalah senarai Ronella Essential Oil wanita hamil boleh guna sepanjang tempoh kehamilan. Serta kelebihan dan kebaikan essential oil tersebut.

Essential Oil boleh digunakan selepas kehamilan trimester pertama. Pada trimester pertama, kami tidak menggalakkan apa-apa penggunaan essential oil.

1. Essential Oil Lavender


Membantu mendapatkan tidur yang lena.
Mengurangkan keresahan dan kebimbangan.
Mengurangkan sakit kepala dan migraine.



2. Essential Oil Lemon


Menghilangkan rasa loya, muntah-muntah dan alahan.
Aroma citrus yang menyegarkan boleh menghilangkan rasa mengantuk.


3. Essential Oil Eucalyptus


Melegakan sakit kepala dan migraine.
Melegakan masalah selsema dan batuk.


4. Essential Oil Peppermint


Menghilangkan rasa loya, pening dan mabuk kenderaan.
Meransang aktiviti minda dan mewujudkan fokus.

Cuma tidak digalakkan untuk menggunakan Peppermint Essential Oil dekat kulit. Akan memberi kesan terhadap susu badan.

Keempat-empat essential oil ini mestilah dicairkan terlebih dahulu dengan Carrier Oil sebelum digunakan keatas kulit. 

Cara hendak cairkan essential oil saya akan kongsikan dalam post akan datang.

Ataupun gunakan Essential Oil ini dalam Diffuser Ronella. Masukkan air separuh bekas diffuser, titiskan 3-5 titis Ronella Essential Oil dan tekan punat 'on'. Biarkan selama 1 jam.